LOGONEW-01

MENGENAI KAMI

Assalamualaikum, Kami di PRG LEGACY SDN BHD adalah pengeluar utama Brand SW yang mengutamakan Kualiti dan Keberkesanan produk-produk keluaran kami. SW merupakan Produk yang Pertama dengan DWI KESAN yang serentak. Produk Pertama Kami adalah SW SlimmeWhite Dual Effect merupakan Jus Kurus & Putih Serentak. Produk Kami telah mendapat kelulusan KKM dan telah dijamin Selamat kerana telah menjalani ujian makmal. Sejak 2015 lagi, kami telah menerima banyak testimoni berjaya. InsyaAllah dan doakan kami supaya kami sentiasa mengeluarkan produk-produk bermutu untuk menyelesaikan masalah pelanggan. Selain dari Produk kesihatan, kami juga adalah pengeluar snek makanan seperti DORYLICIOUS sejak tahun 2019 lagi.

VISI SYARIKAT

Visi PRG LEGACY SDN BHD untuk 10 Tahun akan datang adalah menjadi Produk kurus yang terbaik dan memberikan Dwi Kesan yang serentak (kurus dan putih). Dan kami di SW juga melahirkan ramai jutawan yang menjadi pengedar kami.

MISI SYARIKAT

Kami sentiasa mempertingkatkan mutu produk-produk kami untuk berikan yang terbaik untuk pelanggan. Sentiasa membuat kajian dan analisis bagi memastikan kami adalah peneraju yang terbaik dalam bidang perlansingan badan. Pada tahun 2017, kami telah memenangi Anugerah SUPER HEALTH BRANDS peringkat ASIA PACIFIC.

LATAR BELAKANG PENGARAH

Pengarah PRG Legacy Sdn Bhd yang merupakan Founder jus kurus dan putih pertama di Asia SW Dual Effect Slimmewhite Nur Farahayu Ikhsan optimis mencapai sasaran menjadi usahawan kelas dunia yang berupaya mengharungi segala cabaran ekonomi global pada masa depan.

Bagi tujuan itu beliau bukan sahaja berusaha melahirkan produk berkualiti untuk kecantikan pelanggan, bahkan menginovasi produk sedia ada, dalam usaha merpersada produk bumiputera supaya syarikatnya mampu bersaing dan mencipta nama di peringkat global.

“Tahun demi tahun PRG Legacy Sdn Bhd melakukan kajian R&D, Alhamdulillah produk SW kini telah mendapat anugerah Super Health Brand Asia Pasific 2017 dan mempunyai 27 billboard seluruh Malaysia.

“Ini membuktikan bahawa jenama ini semakin kukuh di pasaran negara dan semakin bersedia untuk persaingan ke arah yang lebih global. Bermula dengan Slimmewhite kini PRG Legacy Sdn Bhd mengeluarkan pula SW Nexlo, SW Max, dan Ultimax9 yang mempunyai kepakaran yang sama iaitu membantu untuk menurunkan berat badan serta mencerahkan kulit serentak.

Produk-produk kesihatan yang kami keluarkan memang fokus terhadap satu masalah iaitu masalah berat badan. Ini adalah kerana Pengasas sendiri pernah mempunyai masalah tersebut. Dan dengan produk SW ini lah membantu kami menurunkan berat badan dengan mudah!

Wird berusia 31 tahun, mampu bergelar jutawan di usia muda kerana tekad untuk bangkit dari kegagalan dengan bertindak keluar dari zon selesa.

Menceburi bidang perniagaan mengeluarkan produk sejak 2015, isteri kepada Mohd Faizal Aminuddin, 33, yang juga rakan kongsi perniagaannya itu berkata, perjuangannya bermula apabila mengalami kesempitan hidup setelah perniagaan dalam talian yang diusahakannya mengalami jalan buntu dan perniagaan offline yg diusahakannya juga tidak mendatangkan sebarang keuntungan malah kerugian.

 

“Kalau diikutkan pendapatan berniaga online ketika itu mencecah RM5,000 hingga RM7,000 sebulan. Saya yang bekerja sebagai eksekutif sebuah syarikat komunikasi ambil keputusan berhenti kerja untuk fokus dengan perniagaan online, namun nasib tak menyebelahi kami apabila suami yang kerja bahagian sale ketika itu juga terpaksa berhenti kerja.

Ketika saya bersalin anak pertama, kami cuma ada RM300 sahaja dalam simpanan. Ujian datang ketika kita betul betul tidak bersedia dan pengalaman itulah yang menjadikan kami semakin kuat dalam perniagaan pada hari ini,” katanya.

Bertitik tolak dari desakan hidup itulah beliau dan suami yang baharu berhenti kerja membangunkan bisnes bersama dengan menyertai banyak kelas dan kursus pembangunan usahawan yang dianjurkan pihak kerajaan dan persendirian.

Semua itu bagi memastikan skil mereka untuk membuat pemasaran berkesan menerusi alam maya, menjadi lebih berkembang dan menghasilkan pulangan lumayan

 

Kami sama-sama mengumpul modal dan bekerja melalui rumah. Berdua sahaja. Selepas enam bulan kami terpaksa menyewa sebuah kedai kerana stok yang tidak muat di rumah. Dari berdua bisnes kami mula berkembang dengan pertambahan stokis dan ejen seluruh Malaysia. Alhamdulillah..”

“Apa yang menggembirakan saya kini produk kami sudah berada di luar negara seperti Indonesia, Taiwan, Singapura, Hong Kong dan Brunei. Kami mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin menjadi sebahagian daripada pasukan kami untuk menjana pendapatan kerana kami telah membimbing ramai usahawan daripada kosong sehingga menjana pendapatan lumayan.

Kini Masuk 2021, Kami dah mempunyai pelbagai jenis produk. Sw Max, Ultimax9, Dorylicious dan banyak lagi produk-produk akan datang.

 

Bagi Pengarah Mohd Faizal Bin Aminuddin pula, Dia berasa sangat-sangat gembira kerana mereka telah melahirkan ramai usahawan-usahawan yang telah berjaya hanya dengan menjadi pengedar mereka. Tuan pengarah En Faizal atau lebih mesra dikenali En Ajai ini telah melatih seramai hampir 3000 usahawan dibawah syarikatnya dan telah merubah masa depan mereka dengan lebih cerah. 

En Ajai juga memberikan bimbingan serta latihan kepada semua ajen-ajen syarikatnya agar mereka semua ajen pandai dalam membuat jualan serta melayan pelanggan.

Ramai dah mencecah jualan RM10,000 hingga RM300,000 Sebulan selepas mereka belajar cara yang betul menjadi usahawan dengan En Ajai dan Puan Wird.

About

Untuk Pertanyaan lain, Sila hubungi kami di talian di bawah.

Working Hours

Mon - Fri: 09:00AM - 06:00PM

Sat & Sun: Closed